Sumber produk adalah elemen penting sebelum memulakan perniagaan. Usahawan perlu mengeluarkan produk mereka daripada pembekal yang menyediakan produk pada harga lebih murah.
Ini akan meningkatkan peluang mereka memperoleh keuntungan. Amalan perniagaan tradisional yang kebanyakannya membabitkan usahawan Malaysia adalah melalui borong.
Kos untuk membeli produk secara pukal adalah yang paling menarik minat peniaga. Bagaimanapun, peniaga cenderung untuk membuat keuntungan yang tinggi dalam jangka masa panjang.
Konsep amalan ini boleh dilihat terutamanya dalam syarikat-syarikat besar seperti Giant dan Tesco atau beberapa restoran. Contohnya, Rosyam Mart adalah destinasi untuk kebanyakan pemilik restoran di Malaysia bagi mendapatkan makanan laut dan daging kerana harganya yang sangat murah.
Pembelian secara pukal daripada pemborong berfaedah untuk jangka masa panjang kerana lebih efektif dari segi kos daripada membeli barangan di kedai runcit yang harganya jauh lebih mahal. Dalam kes ini, Rosyam Mart akan membolehkan pemilik restoran menyediakan hidangan pada harga yang berpatutan namun masih berupaya mengaut keuntungan.
Menurut EasyStore’s Amirul Mokhtar, sumber produk yang menggunakan kaedah pengurusan rantaian bekalan dalam talian yang mana usahawan tidak perlu untuk memiliki gudang menyimpan barangan adalah dengan konsep perniagaan secara Dropship. Gudang maya ini sangat berguna kerana usahawan muda tidak perlu membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan.
Hakikatnya, usahawan tersebut tidak perlu untuk mempunyai produk di tangan untuk menjualnya. `Gudang dalam talian ini’ membolehkan usahawan membeli produk yang mana mereka menggunakan harga ejen. Dengan itu mereka akan dapat membuat keuntungan apabila pelanggan membeli pada harga yang diiklankan.
Minggu depan, kita akan jelaskan aspek sumber produk, menubuhkan pengalaman pelanggan yang baik dan menembusi pasaran.
Najwan Nazim dan Jeremy Chew dari iPrice Group (https://iprice.my)











