Bursa Malaysia ditutup tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mac – Bursa Malaysia ditutup 0.14 peratus lebih tinggi hari ini susulan rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang disambung semula dan terbukti menyuntik kesan positif terhadap Wall Street serta turut menular ke pasaran lain.

Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup menokok 2.3 mata kepada 1,643.63 berbanding paras 1,641.33 sewaktu ditutup pada Khamis.

Sewaktu dibuka pagi ini, indeks penanda aras itu naik 7.03 mata kepada 1,648.36 dan bergerak dalam lingkungan 1,639.26 dan 1,649.6 sepanjang dagangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di papan skor, sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 478 berbanding 337 manakala 427 kaunter tidak berubah, 675 tidak diniagakan dan 79 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.47 bilion unit bernilai RM2.24 bilion berbanding 1.93 bilion unit bernilai RM1.66 bilion pada Khamis.

Public Investment Bank Bhd. berkata, pasaran AS meningkat selepas rundingan dagangan AS-China disambung semula dengan beberapa laporan menyatakan pegawai Beijing turut membuat tawaran tidak dijangka membabitkan pemindahan teknologi serta isu getir lainnya.

“AS pula menyatakan kesediaannya untuk melanjutkan rundingan itu lebih seminggu, malah berbulan dan bukan semua tarif akan kekal sekiranya sebarang urus niaga itu dapat dicapai,” katanya.

Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan PChem, masing-masing meningkat satu mata kepada RM9.27 dan RM9.16, Tenaga untung 14 sen kepada RM12.66 manakala CIMB menokok empat sen kepada RM5.15. PBBank sebaliknya rugi 12 sen kepada RM23.16.

Bagi saham aktif, Sapura Energy dan Berjaya Corporation tidak berubah masing-masing pada 33.5 sen dan 27 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 23.47 mata kepada 11,553.84, Indeks FBM Emas Shariah naik 37.6 mata kepada 11,688.06 manakala FBMT 100 naik 21.38 mata kepada 11,407.35.

Indeks FBM Ace menambah 36.23 mata kepada 4,832.15 sementara FBM 70 melonjak 48.64 mata lebih tinggi kepada 14,212.64.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 0.16 mata kepada 168.93, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 31.42 mata kepada 16,969.13 dan Indeks Perladangan menokok 16.61 mata kepada 7,186.11.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.68 bilion saham bernilai RM2.07 bilion berbanding 1.2 bilion saham bernilai RM1.5 bilion pada Khamis.

Jumlah waran naik kepada 505.03 juta unit bernilai RM106.82 juta berbanding 458.35 juta unit bernilai RM100.7 juta.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 282.91 juta saham bernilai RM59.35 juta daripada 271.39 juta saham bernilai RM61.08 juta.

Selain itu, produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 308.22 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (332.2 juta), pembinaan (135.5 juta), teknologi (128.99 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (55 juta), hartanah (133.92 juta), perladangan (21.58 juta), REIT (14.7 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (434.15 juta), penjagaan kesihatan (41.25 juta), telekomunikasi dan media (30.2 juta), pengangkutan dan logistik (28.44 juta) serta utiliti (20.21 juta). – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini