Remaja tolak rakan dipenjara dua hari - Utusan Malaysia

Remaja tolak rakan dipenjara dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 28 Mac- Seorang remaja dijatuhkan hukuman dua hari penjara selepas menolak rakannya dari sebuah jambatan, dekat sini.

Tay’Lor Smith, 19, turut diarahkan melakukan kerja-kerja kebajikan selama 38 hari selepas mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibuat terhadapnya.

Dalam insiden berkenaan, Smith dilaporkan menolak Jordan Holgerson dari sebuah jambatan di Moulton Falls Regional Park sekitar Ogos tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau dikenakan denda AS$ 300 (RM1,223) dan dihalang daripada mendekati Holgerson selama dua tahun.

Ekoran kejadian tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan kritikal pada tulang rusuk dan dada.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini