Bazar raya terbesar di Putrajaya kembali - Utusan Malaysia

Bazar raya terbesar di Putrajaya kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac -Selepas kejayaan hebat Mega Bazaar Raya 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Mega Raya Eid 2016 di MidValley, tahun ini Mega Raya Eid 2019 bakal kembali ke PICC khusus untuk penduduk Putrajaya dan kawasan sekitarnya,

Mega Raya Eid 2019 bakal berlangsung pada 25 dan 26 Mei 2019 bertempat di Dewan Perdana, PICC bakal menghimpunkan 200 buah gerai jualan bazaar raya, bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eh Eh Bazaar, Iffah Zaimi, penganjuran Mega Raya Eid 2019 ini akan menjadi satu acara raya terbesar di Putrajaya dengan pelbagai aktiviti yang menawarkan banyak hadiah menarik.

Katanya, satu peraduan pra-Mega Raya Eid juga kini sedang hangat berlangsung di facebook Eh Eh Bazaar yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000.

“Peraduan Tag, Share & Win itu amat mudah, hanya tag sekurang-kurangnya lima kawan pada pos peraduan, kongsi hantaran di facebook masing-masing dengan keterangan atau caption kreatif ‘Kami akan datang Mega Raya Eid@PICCPutrajay apada 25&26 Mei, 2019 kerana…

“Pemenang bertuah akan dipilih secara rawa kdengan caption yang paling kreatif.

“Paling penting, mesti ikuti instagram @ehehbazaardanfacebook Eh Eh Bazaar!” Katanya.

Selain itu kata beliau, terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga yang akan diadakan sepanjang dua hari acara berlangsung.

 

Katanya, antaranya jualan promosi Happy Hour Raya, persembahan artis/selebriti terkenal, 2,000 beg cenderahati untuk 2,000 orang pengunjung bertuah, bubur lambuk percuma, cabutan bertuah, pertandingan menganyam ketupat, baju raya glamour kategori individu dan keluarga, foto suasana/gambar raya paling menarik dan bermacam-macam lagi.

“Untuk keterangan lanjut boleh lawati instagram dan facebook Eh Eh Bazaar atau layari www.ehehbazaar.com.

“Bagi vendor yang ingin menempah gerai ,boleh menghubungi Cik Jas di 011-11407854.

“Untuk keterangan lanjut mengenai Mega Raya Eid 2019, sila hubungi 016-6266964.” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×