Kertas putih Felda bulan depan - Utusan Malaysia

Kertas putih Felda bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Kertas putih kelestarian Felda akan dibentang pada minggu terakhir persidangan Dewan Rakyat kali ini yang berlangsung sehingga 11 April depan.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, kertas putih itu akan memperincikan beberapa isu yang dihadapi Felda dan usaha-usaha yang mahu diambil untuk menstabilkan agensi tersebut.

“Kertas putih ini akan memperincikan beberapa perkara termasuklah perancangan jangka pendek dan sederhana serta jangka panjang dan ini juga melibatkan isu-isu berkaitan hutang peneroka,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang mahu tahu status kertas putih Felda serta masalah yang dihadapi peneroka dan kejatuhan harga sawit.

Beberapa pihak sebelum ini menagih tindakan segera daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang diterajui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar segera menyusun langkah memulihkan Felda berbanding hanya mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam agensi tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×