KUALA LUMPUR – Lima penjawat awam termasuk seorang Ketua Balai Polis didakwa di tiga Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung operasi rumah urut tahun lalu.
Bagaimanapun, kesemua tertuduh iaitu Ketua Balai Polis Setapak, Asisten Superintendan Sherman Salleh, 42, Lans Koperal Faizal Miza Zakariah, 35, anggota bomba, Mohd. Fadzli Jamaludin, 48, serta dua penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khairil Faezi Mohd. Aziz, 32, dan Qairul Redza Mohd. Hadzri, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi, Rozina Ayob dan Azman Ahmad.
Di hadapan Hakim Azura, tertuduh Sherman dan Faizal masing-masing didakwa sebagai Penolong Penguasa Polis dan Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Setapak telah secara rasuah meminta suapan RM3,000 daripada Gilbert Juin Anak Damu, 37.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini











