Gabungan undi UMNO-Pas pada PRU-14 cetus ketakutan DAP - Tajuddin - Utusan Malaysia

Gabungan undi UMNO-Pas pada PRU-14 cetus ketakutan DAP – Tajuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac – Gabungan undi UMNO-Pas semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang jika dijumlahkan lebih tinggi daripada undi yang diraih oleh Pakatan Harapan (PH) antara punca menyebabkan gabungan PH kini tergugat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kebimbangan itu menyebabkan tercetus kenyataan daripada Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau 13 April depan ibarat `ibu’ kepada semua PRK.

“PH khususnya DAP bimbang berdepan penyatuan ummah antara UMNO dan Pas sedangkan penyatuan itu tidak hanya merujuk kepada orang Melayu semata-mata tetapi melibatkan semua kaum di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat tidak harus `termakan’ dengan kebimbangan yang sengaja dibuat-buat oleh DAP terhadap kerjasama UMNO-Pas ini. Kita (UMNO dan Barisan Nasional) yakin rakyat bijak menilai situasi politik yang ada,” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini