Naik taraf sekolah di Sabah, Sarawak meningkat tiga kali ganda - Utusan Malaysia

Naik taraf sekolah di Sabah, Sarawak meningkat tiga kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac – Usaha kerajaan dalam melaksanakan kerja-kerja naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di Sabah dan Sarawak telah meningkat tiga kali ganda.

Pejabat Menteri Pendidikan dalam kenyataan memberitahu, pelaksanaan berkenaan melibatkan 198 buah sekolah di Sarawak dengan peruntukan berjumlah RM557 juta melalui peruntukan pembangunan dan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Sementara itu, sehingga Februari 2019, naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di Sabah pula melibatkan 153 buah sekolah dengan kos

Memuatkan artikel berkaitan…

berjumlah RM552.1 juta melalui peruntukan pembangunan dan (PFI).

“Di Sarawak, pada 2017, sebanyak 26 sekolah telah siap dinaiktaraf manakala pada tahun 2018, 66 sekolah telah berjaya disiapkan.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak hampir tiga kali ganda, hasil daripada pemantauan yang lebih rapi,” kata pejabat menteri berkenaan.

Semalam, dalam sidang Dewan Rakyat, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menjelaskan usaha Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan pembangunan sekolah daif di Sarawak dan Sabah.

Beliau telah membawa plakad yang menampilkan grafik menjelaskan perkembangan projek-projek pembangunan sekolah daif di kedua-dua negeri berkenaan.

Kaedah yang digunakan Maszlee ini berjaya mencuri tumpuan Ahli-Ahli Parlimen dan pemerhati yang hadir mengikuti sesi perbahasan semalam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini