Jaguh Asia cabar Luqman - Utusan Malaysia

Jaguh Asia cabar Luqman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Atlet lompat jauh negara, Luqman Hakim Mohd. Ramlan percaya penyertaan jaguh antarabangsa dalam kejohanan olahraga Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia, hujung minggu ini mampu membakar semangatnya memburu keputusan positif.

Antara nama besar yang bakal memberi sai­ngan kepada Luqman Hakim dalam kejohanan dua hari di Stadium Nasional, Bukit Jalil hujung ming­gu ini ialah Eunjae Joo dari Korea Selatan serta jaguh Indonesia, Sapwaturrahman Sanapiah.

Ketika ini catatan terbaik dimiliki Eunjae Joo ialah 8.06 meter (m) dan Sapwaturrahman 8.09m manakala Luqman Hakim 7.82m.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas mengetahui ada nama-nama besar menyertai acara saya ia membuatkan saya lebih bersemangat mendapatkan keputusan terbaik.

“Kebiasaannya apabila bersaing dengan atlet hebat ia pasti berlangsung sengit malah saya juga tidak mahu memberikan laluan mudah kepada mereka.

“Dalam masa sama saya juga mahu mendapatkan keputusan cemerlang kerana ingin terpilih ke Kejohanan Olahraga Asia,” kata Luqman Hakim.

Selain Luqman atlet lompat jauh negara yang turut memberikan saingan dalam kejohanan tersebut adalah Abdul Latif Romly (7.85m), Andre Anuar (7.56m) dan Muhd. Nazri Mustafa (7.54m).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini