WASHINGTON 26 Mac – Facebook menutup lebih 2,600 akaun palsu dikaitkan dengan Iran, Rusia, Macedonia dan Kosovo yang bertujuan mempengaruhi sentimen politik di pelbagai bahagian di dunia.
Tindakan tersebut merupakan usaha terbaharu oleh laman media sosial tersebut bagi menutup sebarang akaun palsu di Facebook dan Instagram yang cuba mempengaruhi politik di seluruh dunia.
“Kesemua akaun berkenaan menggunakan taktik serupa dengan menubuhkan rangkaian akaun bagi ‘menyesatkan’ orang lain tentang siapa mereka dan apa mereka lakukan.
“Kami sentiasa berusaha untuk mengesan dan menghentikan segala jenis aktiviti seperti ini kerana kami tidak mahu perkhidmatan kami digunakan untuk memanipulasi orang ramai,” kata ketua polisi keselamatan siber Facebook, Nathaniel Gleicher. – AFP











