Tubuh berkecai dirempuh kereta api ketika swafoto - Utusan Malaysia

Tubuh berkecai dirempuh kereta api ketika swafoto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 26 Mac – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terbunuh selepas dirempuh kereta api kargo ketika dia cuba berswafoto di depan kenderaan tersebut yang bergerak menghampirinya.

Daily Mail melaporkan, insiden berlaku di Orsk menyebabkan badan Karina Baymukhambetova berkecai.

Seorang remaja lelaki yang tidak diketahui identitinya, dipercayai ahli keluarga mangsa, sempat melompat untuk menyelamatkan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemandu kereta api tersebut bertindak menarik brek kecemasan apabila dia melihat seorang remaja di atas landasan, namun sudah terlambat dan kenderaan itu merempuh mangsa.

Media tempatan melaporkan, remaja lelaki berkenaan pada awalnya memberi amaran kepada mangsa namun Karina membalas: “Jangan takut apa-apa dalam hidup.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini