McGregor umum bersara lagi - Utusan Malaysia

McGregor umum bersara lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 26 Mac – Petinju sensasi Conor McGregor hari ini mengumumkan persaraannya di pentas sukan buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Bintang dari Ireland yang bermulut celupar itu mengumumkannya menerusi Twitter dengan berkata, sudah tiba masanya dia memutuskan untuk menggantung sarung tangan tinju.

“Hai rakan-rakan pengumuman rinkas. Saya membuat keputusan untuk bersara dari sukan yang lebih dikenali sebagai seni mempertahankan diri campuran hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan dalam kejohanan akan datang.

“Saya kini menyertai rakan-rakan lama saya yang sudahpun bersara. Buatkan segelas air ‘pina coladas’ untuk saya rakan-rakan,” tulisnya.

McGregor, 30, tidak menyertai sebarang perlawanan sejak ditewaskan oleh Khabib Nurmagomedov, Oktober tahun lalu.

Sebelum ini, petinju itu pernah mengumumkan persaraan pada 2016, namun tindakannya itu dikatakan sekadar taktik perlawanan seterusnya.

“Saya membuat keputusan untuk bersara di usia muda. Terima kasih,” tulis McGregor pada April 2016.

Tempoh persaraannya hanya bertahan empat bulan apabila kembali untuk bertarung dengan Nate Diaz di Las Vegas.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini