[VIDEO] Samun van keselamatan: 6 kakitangan dibebaskan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Samun van keselamatan: 6 kakitangan dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


GOMBAK 25 Mac – Enam kakitangan sebuah syarikat kawalan keselamatan yang direman bagi membantu siasatan kes samun van keselamatan di stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Rawang Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Rawang dekat sini, pada 12 Mac lalu sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

 

Memuatkan artikel berkaitan…

Video oleh Naimah Mohamad

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kesemua pekerja syarikat tersebut telah dibebaskan pada 18 Mac lalu selepas tempoh reman tamat.

“Hasil siasatan mendapati mereka tidak terlibat dengan kejadian samun itu.

“Kita kini sedang giat memburu ketiga-tiga suspek yang masih bebas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Sambutan Hari Peringatan Polis ke-212 di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.

Pada 12 Mac lalu, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, tiga pekerja disamun tiga lelaki memakai topi keledar selepas mengutip hasil di premis stesen minyak tersebut.

Seorang daripada mangsa yang merupakan pemandu van dipaksa keluar di tempat kejadian manakala dua lagi ditinggalkan bersama van tersebut kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Polis kemudian menahan reman tiga pekerja terbabit bersama tiga lagi rakan setugas yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian pada masa yang sama untuk membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini