SPR jamin maklumat pemilih tidak terjejas - Utusan Malaysia

SPR jamin maklumat pemilih tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 25 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memberi jaminan bahawa maklumat pemilih di dalam pengkalan datanya tidak terjejas.

AZHAR AZIZAN HARUN
AZHAR AZIZAN HARUN 

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun turut menegaskan bahawa daftar pemilih pilihan raya (DPPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.27 Rantau, Negeri Sembilan adalah tidak terjejas.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum masalah dalam membuat semakan nama pemilih melalui MySPR Semak dan Portal SPR.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah disebabkan masalah teknikal yang berlaku dimana aplikasi MySPR Semak dan Portal SPR tidak dapat berhubung dengan pengkalan data utama pengundi.

“ Kedua-dua kemudahan semakan tersebut telah boleh diakses semula mulai pukul 8 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari.

Azhar Azizan memberitahu, DPPR bagi PRK DUN Rantau telah mula dijual pada 14 Mac lalu.

SPR juga katanya, dijadualkan akan mengedarkan voter’s card (kad pengundi) mulai 27 Mac ini kepada semua pengundi bagi PRK DUN Rantau.

“SPR memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini