WASHINGTON 25 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan beliau sudah bebas sepenuhnya selepas pasukan kempen pilihan rayanya terbukti tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Rusia pada 2016.
Laporan akhir yang dikeluarkan oleh peguam khas, Robert Mueller terhadap campur tangan Rusia mendapati, tiada anggota dalam kempen Trump terbabit dengan Moscow dan merancang untuk meningkatkan undi Trump sewaktu pilihan raya Presiden ketika itu.
“Amat memalukan negara terpaksa melalui fasa ini. Ia merupakan cubaan jatuhkan saya yang gagal,” kata Trump. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











