WASHINGTON 25 Mac – Meskipun mendapat tentangan kuat dari China, Amerika Syarikat (AS) bagaikan tidak ‘ambil peduli’ tentangan tersebut apabila menggerakkan kapal tentera laut dan pengawal perairan di Selat Taiwan.
Malah, AS semakin meningkatkan keberadaan pergerakan aset ketenteraan di perairan strategik tersebut.
Tindakan itu mencetuskan ketegangan dengan China namun Taiwan melihatnya sebagai tanda sokongan Washington di tengah-tengah pergeseran antara Taipei dan Beijing.
Reuters melaporkan, jurucakap tentera memberitahu, dua buah kapal yang digerakkan di Selat Taiwan adalah kapal pemusnah Curtis Wilbur milik tentera laut dan Coast Guard Bertholf.
“Kapal-kapal itu melalui Selat Taiwan bagi menunjukkan komitmen AS terhadap ‘keterbukaan dan kebebasan’ Indo-Pasifik,” jelasnya.











