Jerman perlu kerja keras - Utusan Malaysia

Jerman perlu kerja keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM 25 Mac – Joachim Low percaya masih banyak kerja yang perlu dilakukan Jerman walaupun berjaya menang 2-0 ke atas Belanda dalam aksi kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi.

Serge Gnabry dan Leroy Sane masing-masing menjaringkan gol untuk membolehkan Jerman mendahului perlawanan di Amsterdam tetapi Memphis Depay mengubah kedudukan selepas menjaringkan satu gol dan membantu mencipta satu jaringan.

Ketika perlawanan hampir berkesudahan seri, Nico Schulz hadir dengan jaringan lewat perlawanan untuk memberikan kemenangan kepada Jerman dalam aksi di Arena Johan Cruijff.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan itu menyaksikan Jerman berjaya melunaskan dendam ke atas Belanda di atas kekalahan 3-0 tahun lalu dan ia merupakan kejayaan pertama mereka di tempat lawan kepada Belanda dalam tempoh 23 tahun.

Low percaya, pasukan muda yang dikendalikannya perlu bersabar bagi membolehkan Jerman bangkit daripada aksi memalukan di Piala Dunia tahun lalu.

“Separuh masa pertama berjalan dengan baik dengan kami mengawal permainan.

“Jaringan separuh masa kedua datang pada saat yang kurang baik. Hari ini kami memerlukan nasib untuk menang.

“Kemenangan di Belanda adalah sangat baik. Bagaimanapun kami perlu bekerja keras lagi,” kata Low-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini