Individu bergelar Datuk disyaki seleweng dana AIAC didakwa esok - Utusan Malaysia

Individu bergelar Datuk disyaki seleweng dana AIAC didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seorang individu bergelar Datuk dan pernah berkhidmat dengan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Menurut sumber, lelaki berusia 63 tahun itu akan berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah dipercayai penyelewengan berkaitan pembelian buku. 

Difahamkan, terdapat penyelewengan dalam kelulusan pembelian buku tersebut dianggarkan bernilai kira-kira RM1.01 juta dari 2016 hingga 2018. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesalahan tersebut melibatkan kelulusan pembayaran pembelian (buku) menggunakan dana AIAC. 

“Buku-buku itu adalah tulisan suspek sendiri berkaitan perundangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Suspek telah meletakkan jawatan sebagai pegawai kanan di AIAC pada hujung tahun lalu selepas kes tersebut disiasat SPRM. 

Sebelum ini, suspek juga pernah ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung perbuatan menggunakan dana kerajaan untuk mendapatkan bantuan menteri bagi memanjangkan kontraknya sebagai pengarah di badan antarabangsa itu. 

Mahkamah Majistret Putrajaya di sini bagaimanapun menolak permohonan reman SPRM ke atas suspek dan mengarahkan lelaki itu dibebaskan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini