Pesawat Israel bedil kubu Hamas - Utusan Malaysia

Pesawat Israel bedil kubu Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS 24 Mac – Pesawat tentera Israel membedil kubu pergerakan Hamas di Genting Gaza awal hari ini selepas penduduk Palestin didakwa melontar bahan letupan ke arah pagar sempadan ketika protes.

Selain itu, Kementerian Kesihatan di Gaza juga mengesahkan seorang penduduk Palestin meninggal dunia akibat kecederaan dalam pertempuran dengan rejim Zionis sebelum ini.

“Sebagai tindak balas terhadap bahan letupan yang dilontar dan meletup ketika protes Gaza berdekatan pagar sempadan petang ini, pesawat kami membedil dua pos pemantauan Hamas di selatan Genting Gaza,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh rejim Zionis. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini