MAP perlu jelas metodologi kajian - Wan Azizah - Utusan Malaysia

MAP perlu jelas metodologi kajian – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Malaysians Against Pornografi (MAP) perlu memberikan pencerahan mengenai metodologi kajiannya yang mendapati bahawa pada 2018 kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun menonton pornografi secara sengaja. 

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, cara kajian berkenaan dilaksanakan perlu diperjelaskan secara terperinci. 

“Memanglah keputusan itu sesuatu yang membimbangkan. Namun dapatan itu perlu dihuraikan dari segi bagaimana kajian itu dilakukan seperti berapa kecil atau berapa besar kajiannya? Bagaimana MAP mendapatkan keputusan begitu. Keputusan seperti itu, bagaimana MAP dapat?,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai laporan media semalam bahawa  kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun menonton pornografi secara sengaja. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Sukarelawan Hospital Kebangsaan di Fakulti Perubatan dan Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini. 

TambahWan Azizah, beliau turut bertanya kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan sumber lain mengenai keputusan kajian MAP. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini