JAKARTA 24 Mac – Satu gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter melanda kawasan perairan di wilayah Maluku Utara di timur Indonesia hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut berlaku kira-kira 150 kilometer ke barat laut pekan Ternate pada kedalaman 37 kilometer.
Gegaran kuat juga dapat dirasakan di Ternate namun keadaan masih terkawal. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











