Tuan rumah juara Kejohanan GABP 11s Otai - Utusan Malaysia

Tuan rumah juara Kejohanan GABP 11s Otai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 24 Mac.- Pasukan Bola Sepak Veteran Bunut Payong (GABP FC) yang juga merupakan tuan rumah, muncul juara pada Kejohanan Bola Sepak Jemputan GABP 11s Otai yang berlangsung di Padang Perdana di sini malam tadi.

Selaku tuan rumah dan penganjur, para pemain GABP FC mempamerkan semangat luar biasa dan memanfaatkan kelebihan itu dalam perlawanan akhir menentang Tok Janggut FC dan menewaskan pihak lawan dengan jaringan 1-0.

Dengan kemenangan itu, GABP FC membawa pulang wang tunai RM2,000, pingat dan piala manakala Tok Janggut FC menerima wang tunai RM1,000, pingat dan piala.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah program, Syukri Ibrahim berkata, sebanyak lapan pasukan menyertai kejohanan tersebut termasuk satu pasukan veteran dari Pahang.

Katanya, kejohanan itu dianjurkan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim sesama peserta selain membentuk kerjasama erat dalam kalangan pemain.

“Selain itu, pertandingan itu juga boleh dijadikan sebagai medan para pemain yang merupakan golongan veteran meningkatkan kesihatan dan kecergasan masing-masing.

“Kejohanan kali ini turut menghimpunkan bekas-bekas pemain handalan negara termasuk Zulkifli Hussien, Adanan Musa, Hamdi Ismail , Azman Mohamed dan ramai lagi,” katanya ketika ditemui Utusan Online.

Menurut Syukri, penyertaan bekas pemain kebangsaan dalam kejohanan itu secara tidak langsung mengimbau semula era kegemilangan bola sepak Malaysia supaya tidak luput daripada ingatan para peminat sukan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini