PORTO 24 Mac – Tite berhasrat untuk mengambil Vinicius Junior untuk aksi Copa America dan menegaskan bahawa Brazil merindui kemahiran individu yang dimilikinya.
Vinicius, 18, diketepikan daripada aksi persahabatan akibat kecederaan buku lali dan ketiadaannya menyaksikan Brazil terikat 1-1 dengan Panama.
Penyerang itu hanya akan kembali beraksi pada awal Mei ini iaitu sebulan setengah sebelum bermulanya Copa America.
Tite berkata, Brazil boleh menggunakan khidmat Vinicius yang belum pernah beraksi bersama skuad kebangsaan dan hanya beraksi di peringkat remaja.
“Vinicius memiliki kelebihan tersendiri dan dengan falsafah bola sepak kami, dia akan memberikan kesukaran kepada pasukan lawan.
“Dia adalah pemain yang memiliki kemahiran individu, mengawal bola dengan baik dan mampu membolosi pertahanan lawan,” katanya.-AGENSI











