Kean jadi pemain termuda jaring gol Itali - Utusan Malaysia

Kean jadi pemain termuda jaring gol Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UDIN, Itali 24 Mac – Moise Kean mecipta sejarah tersendiri bersama Itali selepas berjaya menjaringkan gol pertamanya bersama Azzurri ketika menang 2-0 ke atas Finland, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Roberto Mancini mendahului permainan dalam saingan kelayakan Euro 2020 hasil jaringan Nicolo Barella yang meledak jaringan pertamanya bersama Itali sebelum bintang muda Juventus, Kean melengkapkan kemenangan pada minit ke-74.

Kean menjadi pemain termuda menjaringkan gol buat Itali sejak Bruno Nicole pada 1958 dan pemain berusia 19 tahun itu menegaskan bahawa dia akan terus memecahkan rekod bersama Azzurri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya lebih daripada gembira, saya dapat motivasi tambahan untuk bekerja keras.

“Banyak lagi rekod yang boleh saya pecahkan dan itu menjadi sasaran saya.

“Saya sentiasa bersedia dan menjalani latihan secara tetap dan bersedia untuk beraksi apabila diperlukan. Apabila saya terima panggilan, saya bersemangat serta teruja untuk tunjukkan kelebihan saya.

“Jelas sekali latihan bersama rakan sepasukan di Juventus termasuk Cristiano Ronaldo adalah luar biasa dan adalah mustahil untuk tidak belajar setiap hari,” katanya yang membuat penampilan pertama bersama Juventus pada 2016 sebelum dipinjamkan ke Verona dan kini kembali bersama pasukan Turin itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini