Osaka gagal ke pusingan ketiga - Utusan Malaysia

Osaka gagal ke pusingan ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI 24 Mac – Kurang kematangan dan fokus telah membuatkan pemain No. 1 dunia, Naomi Osaka gagal melepasi pusingan ketiga Terbuka Miami setelah tumpas di tangan pemain Taiwan, Hsieh Su-Wei.

Bintang dari Jepun itu terpaksa akur dengan kekalahan kepada pemain ke-27 dunia yang berjaya bangkit daripada ketinggalan daripada dua set akhir untuk mencipta kemanangan 4-6, 7-6 (7/4), 6-3.

Kekalahan itu menyebabkan Osaka kecewa dan dia menegaskan kesukaran untuk mengawal tekanan selepas menjadi terbaik di dunia telah meletakkan dia berada di bawah tekanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak tahu kenapa perkara ini berlaku. Sangat pelik untuk saya. Saya tahun ini perlawanan yang sukar, dia sukar untuk diramalkan.

“Saya masih belum matang sebab saya berfikir terlalu banyak perkara seperti semuanya terletak di raket saya.

“Sudah tentu saya mahu kemenangan dalam setiap perlawanan dan saya fikir saya boleh mengawal apabila orang sering bertanya sama ada saya akan menang atau tidak sebab saya pemain No. 1 dunia.

“Saya fikir saya dapat melakukannya namun saya fikir tidak. Saya bukan memandang rendah terhadap dia mungkin meletakkan harapan terlalu tinggi kepada diri sendiri,” katanya.

Hsieh yang melengkapkan kemenangannya dalam tempoh dua jam 18 minit akan berdepan wakil dari Denmark, Caroline Wozniacki di perinkat separuh akhir.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini