Pelakon Suspicious Partner didakwa terlibat skandal Seungri - Utusan Malaysia

Pelakon Suspicious Partner didakwa terlibat skandal Seungri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 24 Mac – Pelakon Korea Selatan, Ji Chang-wook merupakan artis terbaharu yang dikaitkan dengan skandal membabitkan bekas penyanyi kumpulan Big Bang iaitu Seungri.

PELAKON Ji Chang-wook didakwa terbabit dengan skandal membabitkan
PELAKON Ji Chang-wook didakwa terbabit dengan skandal membabitkan Seungri. – AGENSI

Menurut laporan Koreaboo.com, Chang-wook dilaporkan bergambar dengan seorang wanita yang juga merupakan pelabur kelab malam diusahakan oleh Seungri.

Identiti wanita itu dikenali sebagai Madam Lin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Agensi pengurusan Chang-wook, Glorious Entertainment bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Chang-wook ketika ini sedang menjalani latihan ketenteraan dan dijadualkan tamat latihan pada 27 April.

Sebelum ini, Seungri dan beberapa artis seperti Jung Joo-young, bekas anggota kumpulan FT Island, Choi Jong-hoon dan bekas anggota kumpulan Highlight, Yong Jun-hyung turut terbabit dalam skandal berkenaan.

Mereka terlibat dalam skandal pelacuran, dadah dan penyebaran rakaman video membabitkan sejumlah wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini