China terlalu handal - Sundramoorthy - Utusan Malaysia

China terlalu handal – Sundramoorthy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 22 Mac – Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Laos, V. Sundramoorthy mengakui dia terpaksa akur dengan kekuatan China selepas menyaksikan pasukannya dibelasah 0-5 dalam aksi pertama Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 Kumpulan J di Stadium Shah Alam, hari ini.

V. SUNDRAMOORTHY

Bekas pengendali Negeri Sembilan itu berkata, keputusan sepatutnya tidak begitu teruk, bagaimanapun, selepas anak-anak buah Guus Hiddink berjaya membunuh permainan apabila mereka mendahului 3-0 sebelum rehat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berjumpa dengan lawan yang kuat. Mereka juga mempunyai kelebihan dari segi saiz fizikal di mana kita boleh nampak pemain China tinggi dan semestinya hantaran lintang mereka menjadi bahaya untuk kami.

“Keputusan sepatutnya menjadi lebih baik, tetapi, kami dibolosi menerusi jaringan penalti berpunca daripada kesilapan yang tidak sepatutnya.

“Apabila lawan memperoleh gol ketiga sebelum rehat, ia telah membunuh semangat pemain dan mereka perlu mengambil pengajaran daripada perlawanan ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di sini, hari ini.

Walaupun, menang dengan jumlah jaringan yang besar, namun, China terpaksa menanti hingga minit ke-29 untuk menembusi gawang Laos hasil sepakan penalti Yang Liyu dan pada minit ke-42 Shan Huanhuan menggandakan jaringan sebelum Liyu meledak gol kedua peribadinya ketika permainan memasuki minit tambahan.

China mengukuhkan kedudukan hasil jaringan pemain gantian Lin Liang Ming pada minit ke-90 sebelum Cao Yong Jing menambah derita Laos pada waktu tambahan babak kedua.

Laos akan bertemu Malaysia di venue yang sama, Ahad ini. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini