Menangi RM800 sertai pertandingan perpustakaan mini di rumah - Utusan Malaysia

Menangi RM800 sertai pertandingan perpustakaan mini di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang memiliki perpustakaan mini dan dihias secara kreatif berpeluang memenangi wang tunai RM800 sempena pertandingan Perpustakaan Keluarga Kreatif.

Bagi tempat kedua dan ketiga, masing-masing berpeluang memenangi wang tunai RM600 dan RM400, manakala lima hadiah saguhati RM150 turut diberikan kepada pemenang beserta sijil penyertaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertandingan anjuran Perpustakaan Hipermedia MPSJ itu antara lain bertujuan menggalakkan setiap rumah mempunyai perpustakaan mini.

Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini perlu memuat turun e-borang di laman web http://library.mpsj.gov.my bagi mengetahui syarat-syarat penyertaan.

Bagi peserta yang memuat naik gambar perpustakaan mini di laman media Facebook dan Instagram perlu ‘tag’ #perpustakaankreatifmpsj .

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM20 dan pertandingan ini dibuka sehingga 30 Jun depan.

Maklumat lanjut, boleh menghubungi Fazian di talian 011-2661 0060 dan Shariza di 011-1003 6065. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini