Pembantu kedai makan didakwa sembunyi wang hasil menyamar polis - Utusan Malaysia

Pembantu kedai makan didakwa sembunyi wang hasil menyamar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang pembantu kedai makan berdepan hukuman penjara lima tahun selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyembunyikan wang penipuan hasil penyamaran sebagai pihak polis bernilai RM32,000 pada dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Hazuan Ab. Ghani, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Teoh Shu Yee. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyembunyikan sesuatu harta melalui akaun CIMB miliknya iaitu wang hasil penipuan penyamaran sebagai pihak polis daripada Tay Siew Leng, 50, berjumlah RM32,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tindakan itu dilakukan tertuduh di CIMB Jalan Bendahara di sini pada 9 Mac 2017. 

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan. 

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun menangis sambil merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan dia hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji RM30 sehari di Johor Bahru.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 22 Mei depan sebagai sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini