Hazard pastikan Belgium mula langkah kanan - Utusan Malaysia

Hazard pastikan Belgium mula langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 22 Mac – Eden Hazard memastikan Belgium bermula dengan langkah kanan dalam kempen kelayakan Euro 2020 apabila meledak dua gol untuk membantu pasukannya menewaskan Rusia 3-1 manakala Memphis Depay menjadi inspirasi kepada kemenangan Belanda membelasah Belarus 4-0.

Youri Tielemans meletakkan skuad kendalian Roberto Martinez di depan seawal minit ke-14 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium King Baudouin bagaimanapun dua minit kemudian Denis Cheryshev menyamakan kedudukan.

Belgium kembali berada di depan selepas Hazard menyempurnakan penalti sebelum wisel rehat dibunyikan setelah pemain tengah Chelsea itu dikasari Yuri Zhirkov.

Hazard memastikan aksi pertama Belgium dalam Kumpulan I berakhir dengan kemenangan apabila dia meledak gol ketiga The Red Devils ketika permainan berbaki dua minit manakala Aleksandr Golovin dilayangkan kad merah sebelum wisel tamat dibunyikan.

“Saya sangat gembira. Saya menerima banyak tekanan sebelum mencapai kemenangan ini yang turut menyaksikan saya menjaringkan dua gol.

“Selepas perlawanan terakhir kami menentangn Switzerland (tewas 2-5) kami perlu menunjukkan kebangkitan pasukan di depan penyokong kami,” kata Hazard.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×