Saya mahu kumpul wang perkahwinan- Nicholas - Utusan Malaysia

Saya mahu kumpul wang perkahwinan- Nicholas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Pemain golf negara, Nicholas Fung membuka tirai Kejohanan Maybank 2019 dengan lima birdie sekali gus membolehkan dia menamatkan pusingan pertama dalam kelompok tujuh terbaik, hari ini.

Dalam aksi di Saujana Golf & Country Club menyaksikan Nicholas menamatkan 18 lubang dengan catatan empat di bawah par 68 untuk bergelar pemain terbaik Malaysia pada hari pertama kejohanan.

Nicholas berkongsi dengan tujuh lagi pemain di kedudukan ketujuh antaranya pemenang dua kali Terbuka Amerika Syarikat, Elnie Els dari Afrika Selatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Nicholas, dia kini mahu fokus melakukan setiap pukulan esok dengan baik tanpa terlalu memikirkan catatan diperoleh.

“Saya rasa lebih bersemangat pada musim ini mungkin kerana mahu mengumpul wang bagi majlis perkahwinan pada hujung tahun ini.

“Aksi hari ini saya tidak berdepan banyak masalah malah setiap pukulan saya menjadi dengan baik.

“Bagi aksi esok, saya mahu turun bermain dengan tenang tanpa sebarang tekanan,” kata Nicholas.

Lima birdie Nicholas diraih ketika aksi di lubang dua, lima, enam, lapan serta 13 manakala hanya melakukan satu bogey di lubang tiga.

Dalam pada itu, pemain muda negara, Shahrifuddin Ariffin turut mempamerkan aksi positif apabila menamatkan pusingan pertama di tempat ke-42.

Shahrifuddin mencatat satu di bawah par 71 pukulan yang menyaksikan tiga birdie diraih pemain berusia 20 tahun itu.

Sementara itu, pemain golf No.1 negara, Gavin Green menamatkan aksi di kedudukan 107 selepas mencatat dua di atas par 74 pukulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini