Cradle Fund: Keputusan permohonan ikat jamin 2 remaja pada 27 Mac - Utusan Malaysia

Cradle Fund: Keputusan permohonan ikat jamin 2 remaja pada 27 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Mac untuk membuat keputusan bagi permohonan ikat jamin dua remaja lelaki yang menghadapi pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Nazrin Jassan pada Jun tahun lepas.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata, beliau perlu meneliti afidavit baharu yang difailkan bagi kes itu.

“Mahkamah memerlukan masa untuk meneliti afidavit bagi permohonan ikat jamin ini kerana ini merupakan kes penting,” kata beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-dua remaja itu, masing-masing berumur 14 dan 17 tahun yang dituduh bersama balu Nazrin, Samirah Muzaffar, 44, bekas eksekutif kanan di Property Corporation of Malaysia (MyIPO) mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi pada 12 Mac.

Samirah, kedua-dua remaja terbabit dan seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari, yang masih bebas, dituduh membunuh Nazrin, 47, di sebuah rumah di Mutiara Homes, dekat sini, antara pukul 11.30 malam pada 13 Jun, 2018, dan 4 pagi pada 14 Jun, 2018. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini