ICAEW unjur ekonomi Malaysia 4.4% - Utusan Malaysia

ICAEW unjur ekonomi Malaysia 4.4%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Permintaan domestik Malaysia dijangka sederhana di tengah-tengah peningkatan perlindungan perdagangan dan permintaan import China yang lebih perlahan.

Penasihat Ekonomi Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW), Sian Fenner berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada kadar 4.4 peratus pada 2019 berikutan permintaan domestik di tengah-tengah persekitaran eksport yang sukar.

Katanya, eksport dijangka kekal di bawah tekanan dengan peningkatan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang tidak berubah dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ekonomi di negara-negara serantau Asia Tenggara juga dilihat bermula dengan perlahan susulan aktiviti ekonomi global yang perlahan pada akhir 2018.

“Bagaimanapun Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mencatatkan pertumbuhan eksport tahunan manakala negara lain di rantau ini merekodkan pertumbuhan yang perlahan pada Disember 2018,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, ICAEW mengunjurkan ekonomi rantau Asia Tenggara berkembang dengan perlahan daripada 5.1 peratus pada 2018 kepada 4.8 peratus pada tahun ini.

“Kami menjangkakan perbelanjaan fiskal akan mengukuh di Indonesia, Thailand serta Filipina menjelang pilihan raya pada separuh pertama 2019.

“Kami melihat terdapat risiko politik di Indonesia dengan Presiden Jokowi dijangka kekal berkuasa di negara berkenaan,” katanya.

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini