Bhuapur haramkan pengaruh gaya rambut asing - Utusan Malaysia

Bhuapur haramkan pengaruh gaya rambut asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA 21 Mac- Kesatuan Penggunting rambut di bandar Bhuapur mengeluarkan amaran kepada semua kedai penggayaan rambut di bandar itu agar tidak meniru gaya yang dibawa dari luar negara.

Penggunting rambut yang didapati melanggar arahan tersebut bakal dikenakan denda berjumlah AS$480 (RM1,943).

Pengerusi kesatuan berkenaan, Shekhar Chandra Sheel memberitahu tindakan tersebut dilaksanakan atas arahan ketua polis tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau mengarahkan agar gaya rambut dari barat tidak menjadi ikutan kerana dikhuatiri akan merosakkan generasi muda di negara ini,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini