FAM terbang tinggi bersama Malaysia Airlines - Utusan Malaysia

FAM terbang tinggi bersama Malaysia Airlines

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines kini menjadi rakan penerbangan rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas menandatangani perjanjian kerjasama selama dua tahun seperti yang diumumkan sebentar tadi.

Memorandum persefahaman (MoU) tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Malaysia Airlines juga akan menjadi syarikat penerbangan rasmi untuk pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Hamidin menjelaskan beliau sentiasa gembira dan mengalu-alukan syarikat penerbangan Malaysia Airlines bersama menyemarakkan lagi sukan nombor satu negara.

“Kami sangat mengalu-alukan kehadiran Malaysia Airlines yang kini menjadi salah satu penaja rasmi buat FAM.

“FAM berbangga dengan MoU bersama syarikat penerbangan terkemuka negara dan berharap ia mempunyai perkongsian jangka panjang yang saling menguntungkan bagi kedua-dua pihak,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan FAM sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini