Sampel toksik bocor, seorang pengsan - Utusan Malaysia

Sampel toksik bocor, seorang pengsan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 21 Mac – Satu kejadian kebocoran sampel sisa toksik di dalam makmal Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri dilaporkan berlaku di Pusat Perdagangan Utama, Taman Tampoi Indah II di sini sebentar tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) negeri, Mohd. Hairinizam Mostapa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.28 petang.

Sejurus menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian itu, katanya, tiga jentera dengan kekuatan sembilan anggota digerakkan ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…
SEMBILAN anggota bomba dengan tiga jentera dikejarkan ke tempat ke Pusat Perdagangan Utama, Taman Ta
SEMBILAN anggota bomba dengan tiga jentera dikejarkan ke tempat ke Pusat Perdagangan Utama, Taman Tampoi Indah II, Johor Bahru, pukul 4.28 petang tadi berikutan berlakunya kebocoran sampel toksik di makmal JAS negeri. – UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

“Pihak bomba juga telah mengarahkan pegawai JAS untuk membuat pengungsian bangunan dan seorang mangsa pengsan telah dihantar ke hospital oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyatan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, pasukan Hazmat yang berada di lokasi telah membuat penyahcemar serta kekangan terhadap sisa toksik tersebut daripada merebak.

SEMBILAN anggota bomba dengan tiga jentera dikejarkan ke tempat ke Pusat Perdagangan Utama, Taman Ta
SEMBILAN anggota bomba dengan tiga jentera dikejarkan ke tempat ke Pusat Perdagangan Utama, Taman Tampoi Indah II, Johor Bahru, pukul 4.28 petang tadi berikutan berlakunya kebocoran sampel toksik di makmal JAS negeri. – UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

Katanya, operasi berkenaan ditamatkan pada pukul 6.53 petang ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini