Pakaian putih di perhimpunan aman solidariti kedamaian Sabtu ini - Utusan Malaysia

Pakaian putih di perhimpunan aman solidariti kedamaian Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Orang ramai yang menyertai perhimpunan aman Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, Sabtu ini diminta bersama-sama memakai pakaian putih.

Program anjuran Jabatan Perdana Menteri itu diadakan bertujuan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia menolak fahaman kebencian serta sebagai tanda solidariti kepada kesemua mangsa insiden serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perhimpunan berkenaan akan dimulakan seawal pukul 7 pagi di hadapan pusat beli-belah Sogo dan akan mula berjalan ke Dataran Merdeka sekitar pukul 7.45 pagi.

Bacaan doa dan ucapan akan dilakukan sebaik sahaja semua peserta perhimpunan tiba di Dataran Merdeka.

Turut diadakan pelancaran Simbolik dan Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019 pada program berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini