Himpunan Solidariti Kedamaian dapat kebenaran - Mujahid - Utusan Malaysia

Himpunan Solidariti Kedamaian dapat kebenaran – Mujahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Notis kebenaran bagi menganjurkan Himpunan Solidariti Kedamaian, Sabtu ini telah diuruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah berjaya diselesaikan.

“Insya-Allah, Sabtu ini saya ingin ingatkan semua orang kita akan mengadakan himpunan solidariti kedamaian seperti yang ditetapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Doakan saya sempat balik pagi itu untuk bersama dalam program itu. Secara umumnya kita ingin membawa mesej solidariti ini kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia,” katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Perhimpunan aman solidariti demi kedamaian dan menolak kebencian itu akan bermula di hadapan pusat beli-belah Sogo pada pukul 7 pagi sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini