Penjawat awam bukan kuli - Azih - Utusan Malaysia

Penjawat awam bukan kuli – Azih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan sebarang pengurangan saiz penjawat awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, jumlah penjawat awam ketika ini berjumlah 1.61 juta didapati tidak mencukupi sehingga banyak bebanan kerja terpaksa ditanggung oleh seseorang penjawat awam.

Katanya, ini berdasarkan kira-kira 460,000 penjawat awam yang berada dalam keadaan tertekan semasa bekerja setiap hari sama ada guru atau jururawat. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan pemerhatian, ramai merungut terpaksa membawa kerja-kerja di pejabat mereka balik ke rumah setiap hari yang tiada kesudahannya.

“Jadi, lihat Indeks Kesejahteraan Pekerja sebelum mengurangkan saiz penjawat awam. Walaupun mereka ini penjawat awam tetapi bukan kuli,” katanya dalam Wacana Sinar bertajuk ‘Penjawat Awam Terlalu Ramai?’ di Dewan Karangkraf, di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini