Program Kepimpinan latih murid SRA Jenderam Hilir jadi ketua - Utusan Malaysia

Program Kepimpinan latih murid SRA Jenderam Hilir jadi ketua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPIMPINAN. Seramai 51 pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor menyertai Program Kepimpinan yang diadakan di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Program bertemakan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ yang diadakan selama sembilan jam bermula pukul 8 pagi itu disertai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas skim pinjaman buku teks, ketua dan penolong ketua kelas Tahun 3 hingga 6.

Tujuan program itu diadakan ialah untuk memberikan pendedahan dan penekanan bagaimana untuk menjadi seorang ketua yang boleh memimpin dan dipimpin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Program itu dikelolakan oleh E-Mind Training Consultancy dengan dikendalikan oleh fasilitator jemputan, Jumazlizal Jumin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini