MEMBANTU. Seramai 30 orang penuntut Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di Sepang menyertai program khidmat masyarakat di Rumah Amal Baitul Baroqah Wal Mahabah, Sepang, Selangor baru-baru ini.
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN, Rahim Md. Shariff berkata, program itu bertujuan untuk menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban pengurusan Rumah Amal Baitul Baroqah Wal Mahabah.
“Aktiviti seperti ini dapat memupuk rasa keinsafan dalam diri peserta.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Secara tidak langsung, program ini dapat melahirkan generasi yang prihatin dan cakna dengan nasib masyarakat setempat,” katanya.











