Chelsea tolak tawaran awal Real - Utusan Malaysia

Chelsea tolak tawaran awal Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Chelsea dilaporkan telah menolak tawaran £85 juta (RM457.4 juta) daripada Real Madrid ke atas bintang perancangnya, Eden Hazard kelmarin.

Meskipun Chelsea enggan melepaskan pemain berusia 28 tahun tersebut, namun mereka difahamkan sanggup mengubah fikiran sekiranya Real menawarkan jumlah yang lebih tinggi iaitu sekitar £100 juta (RM538.3 juta) ke atas pemain tersebut.

Setakat ini Hazard masih enggan menyambung kontrak baharunya di Stamford Bridge yang bakal berakhir pada Jun 2020.

Memuatkan artikel berkaitan…

Situasi itu menyaksikan The Blues mungkin terpaksa menjual Hazard bagi mengelak daripada kehilangan pemain itu secara percuma pada tahun depan.

Sementara itu, Hazard mengakui dia enggan memikirkan tentang spekulasi perpindahannya ke Real buat masa ini kerana sedang memberi tumpuan untuk membantu pasukannya merangkul trofi Liga Europa.

Bagaimanapun, dia tidak menolak kemungkinan akan berhijrah ke Santiago Bernabeu selepas misi tersebut tercapai di Stamford Bridge.

Sebelum ini dia kerap dikaitkan dengan Real sejak dua musim lalu dan spekulasi itu kembali hangat selepas Zinedine Zidane yang berminat ke atasnya, telah dilantik semula sebagai jurulatih di kelab gergasi berkenaan.

“Buat masa ini, saya belum memikirkan tentang proses perpindahan ke La Liga. Saya mahu membantu Chelsea dalam beberapa bulan terakhir di Stamford Bridge terutamanya untuk menjulang trofi Liga Europa.

“Ketika ini saya hanya fikirkan aksi bersama skuad Belgium bagi aksi kelayakan Euro 2020 dan kemudian baru tumpuan beralih ke Chelsea. Selepas itu kita lihat nanti,” kata Hazard. – Agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini