Safarova buat penampilan terakhir di Prague - Utusan Malaysia

Safarova buat penampilan terakhir di Prague

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRAGUE – Bekas pemain No. 5 dunia, Lucie Safarova akan membuat penampilan terakhirnya di Kejohanan Tenis Terbuka J&T Banka Prague pada April depan sebelum bersara dalam karier sukan tenis.

Naib juara Terbuka Perancis 2015 itu sebelum ini dijangka bersara selepas Terbuka Australia pada Januari lalu, namun terpaksa menarik diri daripada kejohanan pembuka musim Grand Slam 2019 itu akibat kecede­raan pergelangan tangannya.

Pemain kelahiran Republik Czech itu pernah menjuarai gelaran di sini pada tahun 2016 yang juga trofi ketujuh dan terakhir dalam kariernya apabila menewaskan Samantha Stosur 3-6, 6-1, 6-4 pada aksi final.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi kenyataannya dalam laman Twitter, Safarova, 32, turut mengumumkan bahawa dia juga akan membuat penampilan terakhir dalam acara beregu bersama pasangannya, Bethanie Mattek-Sands pada kejohanan yang sama di sini.

“Saya mengumumkan dengan rasa gembira bahawa saya akan menyertai kejohanan di sini sebagai tanda ucapan selamat tinggal kepada peminat saya di Republik Czech.

“Saya juga teruja apabila akan bergan­dingan sekali lagi bersama Mattek-Sands buat kali terakhir di kejohanan ini. Tiada apa-apa lagi yang saya inginkan selain memenuhi semua hajat peminat saya ini,” jelas Safarova.

Sepanjang digandingkan dengan pemain Amerika Syarikat itu, Safarova dan pasangan­nya itu telah memenangi 11 kejuaraan dalam acara beregu di antara tahun 2015 dan 2017 termasuk lima gelaran Grand Slam selain pernah menduduki ranking No. 1 dunia pada tahun 2017. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini