Semoga keluarga Mohd. Haziq diberi kekuatan - Anwar - Utusan Malaysia

Semoga keluarga Mohd. Haziq diberi kekuatan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi yang menjadi mangsa serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu.

Anwar menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya malam tadi turut mengutuk tindakan pengganas tersebut yang disifatkan sebagai tidak bertamadun dan bercanggah dengan nilai kemanusiaan.

“Saya mendoakan roh Allahyarham Mohd. Haziq ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan semoga keluarga mangsa diberi kekuatan melalui saat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekali lagi saya mengulangi ketegasan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun dan bercanggah dengan nilai kemanusiaan ini. Semoga pelaku insiden ini mendapat hukuman sewajarnya,” katanya di sini.

Stuff New Zealand melaporkan, polis mengesahkan remaja itu merupakan antara 50 mangsa serangan yang terbunuh.

Difahamkan, jenazah Mohd. Haziq adalah mangsa serangan yang terakhir dikenal pasti oleh pihak polis.

Mohd. Haziq berada di Masjid Al Noor di Deans Avenue bersama ibu, bapa dan adik lelakinya ketika seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang Jumaat lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini