Bas sekolah kena 'hijack', dibakar, 51 selamat - Utusan Malaysia

Bas sekolah kena ‘hijack’, dibakar, 51 selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 21 Mac – Sebuah bas membawa 51 orang murid sekolah didakwa telah dirampas oleh pemandunya yang kemudiannya bertindak membakar kenderaan tersebut.

BBC melaporkan, kesemua kanak-kanak termasuk guru berjaya diselamatkan melalui cermin belakang yang dipecahkan pihak polis.

Kejadian berlaku di sini semalam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun 14 orang mengalami sesak nafas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemandu bas berusia 47 tahun, warga Itali kelahiran Senegal itu berjaya diberkas.

“Ini mungkin menjadi pembunuhan beramai-ramai,” jelas Ketua Pendakwaraya Milan, Francesco Greco.

Seorang guru memberitahu, suspek dikatakan marah terhadap dasar migran di Itali.

Drama tebusan itu bermula ketika kanak-kanak sekolah dibawa dari sekolah di Vailati di Crema ke sebuah gim tetapi dibawa ke laluan lain menuju ke Lapangan Terbang Linate dekat sini.

Ketika suspek mula mengancam penumpang dengan pisau, seorang kanak-kanak menghubungi keluarganya yang kemudiannya membuat aduan polis.

Kejadian mengambil masa yang agak lama sebelum polis berjaya memintas bas tersebut sebelum kenderaan itu merempuh kereta peronda polis.

Laporan media menyebut, suspek menyimbah petrol pada bas tetapi polis berjaya memecahkan cermin belakang dan mengeluarkan kanak-kanak sekolah serta guru.

Pendakwa raya ketika ini menyiasat segala motif termasuk keganasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini