Anak kambing berjalan tegak guna kaki belakang - Utusan Malaysia

Anak kambing berjalan tegak guna kaki belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMDIRI, India – Seekor anak kambing betina yang lumpuh kedua-dua kaki hadapan telah belajar berjalan tegak menggunakan kaki belakangnya di sini baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Satu rakaman oleh pemiliknya, Lokesh Mishra menunjukkan aksi comel haiwan tersebut mengimbangkan badan ketika berjalan sekitar perkampungan Ramdiri di negeri Bihar di utara India. Mishra memaklumkan kaki hadapan kambing itu lumpuh sejak dilahirkan.

“Mulanya kami sudah berputus asa dengannya tetapi kambing itu menunjukkan kecekalan dan mula belajar mengimbangkan diri menggunakan kaki belakang. Dalam masa beberapa hari sahaja, kambing itu sudah pandai berlari menggunakan kaki belakang,” kata petani dan penternak lembu itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penduduk sekitar kampung itu juga semakin sayangkan haiwan tersebut dengan ramai suka merakam gambar dengannya atau mengajak rakan dan keluarga dari jauh datang melihat aksi ‘kambing ajaib yang berjalan seperti manusia’.

Pakar veterinar tempatan percaya kelumpuhan kaki hadapan kambing itu berpunca daripada kecederaan pada perut ibunya ketika masih mengandung, mungkin ketika bergaduh dengan kambing lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini