Piala Sultan Azlan Shah punya nilai yang tinggi - Utusan Malaysia

Piala Sultan Azlan Shah punya nilai yang tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 19 Mac – Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang memasuki edisi-28 penganjuran mulai minggu hadapan mempunyai kelas tersendiri malah merupakan kejohanan hoki jemputan tertua di dunia.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata nilai prestij kejohanan itu dapat dipertahan dan dipertingkatkan dengan kehadiran ribuan peminat hoki ke Stadium Azlan Shah di sini bermula 23 hingga 30 Mac ini.

“Ini merupakan kejohanan jemputan paling lama yg pernah diwujudkan dalam dunia. Tentunya ia mempunyai nilai prestij yang tersendiri dan sentiasa dinantikan oleh pasukan hoki elit daripada seluruh dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara tidak langsung juga, kehadiran pasukan-pasukan hebat seperti India dan Jepun dalam kejohanan kali ini, ia akan menarik sambutan peminat hoki khususnya di Perak,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada 14 Januari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola kejohanan, Datuk Abd Rahim Mohd Ariff mengumumkan sebanyak enam negara yang berada di ranking 20 terbaik dunia mengesahkan penyertaan kejohanan itu.

Selain Malaysia, lima lagi negara yang akan mengambil bahagian adalah India, Kanada, Korea Selatan, Jepun dan Poland

Menjelas lanjut, Ahmad Faizal berkata, kejohanan kali ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya skuad hoki negara berjaya membuat penampilan dalam perlawanan akhir sekali gus muncul juara kejohanan.

“Malaysia belum pernah menjuarai kejohanan ini sepanjang 27 edisi lalu. Kali ini tanpa Australia , New Zealand serta gergasi hoki dunia yang lain, peluang Malaysia meraih gelaran adalah cerah, “ katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini