Remaja dikhuatiri Lemas di Sungai Binjai - Utusan Malaysia

Remaja dikhuatiri Lemas di Sungai Binjai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 19 Mac – Seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai di khuatiri lemas di Sungai Binjai, Tebing Tinggi, dekat sini, hari ini.

Difahamkan mangsa, Muhammad Firdaus Ismail bersama tiga lagi rakan sebelum ini berjoging dan mengambil keputusan menyeberangi sungai berkenaan untuk mendekatkan jarak pulang ke rumah.

Rakannya gagal untuk menyelamat mangsa yang lebih dikenali dengan nama Syawal sebelum mereka meminta bantuan penduduk berdekatan untuk menghubungi pihak bomba.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada pukul 7.20 malam.

LOKASI seorang remaja dikhuatiriblemas di Sungai Binjai, Tebing Tinggi, Pasir Puteh petang ini. - UT
LOKASI seorang remaja dikhuatiriblemas di Sungai Binjai, Tebing Tinggi, Pasir Puteh petang ini. – UTUSAN ONLINE

Gerakan menyelamat masih diteruskan oleh anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam di persekitaran lokasi sebelum kehadiran unit scuba bomba untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini