Lelaki warga Indonesia lari daripada pemeriksaan polis ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki warga Indonesia lari daripada pemeriksaan polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas lari daripada pemeriksaan polis serta melanggar beberapa buah kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Kampung Dew, Kamunting di sini petang semalam.

Suspek yang berusia 39 tahun yang tinggal di Sungai Kerang, Trong itu ditahan Unit Kereta Peronda (MPV) selepas melarikan diri dengan memandu kereta jenis Proton Waja sejauh kira-kira 10 kilometer dari Jalan Kampung Dew ke Jalan Kamunting.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, ketika dua anggota polis menaiki MPV tersebut menjalankan tugas rondaan, mereka mendapati kereta dipandu suspek berada dalam keadaan mencurigakan pada pukul 6.15 petang. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota telah memberi isyarat dengan memasang lampu dan membunyikan siren supaya suspek menghentikan keretanya namun dia enggan sebelum bertindak memecut keretanya untuk melarikan diri. 

“Ketika melarikan diri, suspek telah melanggar beberapa buah kenderaan lain sebelum dia hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan di Jalan Kamunting berhampiran Restoran Shahlan Maju,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Osman, anggota berjaya menahan suspek dan pemeriksaan fizikal terhadapnya tidak menjumpai sebarang barangan yang salah di sisi undang-undang. 

“Bagaimanapun, anggota yang memeriksa pasportnya mendapati ia telah tamat tempoh selain tidak mempunyai lesen memandu yang sah. 

“Suspek ditahan serta-merta dan dia disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana pasport tamat tempoh,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini