Kerajaan dicadang bawa idea kereta terbang ke Sabah, Sarawak - Utusan Malaysia

Kerajaan dicadang bawa idea kereta terbang ke Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Kerajaan dicadangkan membawa idea kereta terbang cetusan seorang menteri Pakatan Harapan (PH) untuk kegunaan rakyat di Sabah dan Sarawak berikutan tahap kualiti jalan raya di kedua-dua negeri itu masih tidak memuaskan.

Jelasnya, usaha itu dilihat dapat mengurangkan bebanan kewangan Kerajaan Persekutuan yang terpaksa menyalurkan peruntukan untuk memperbaiki jalan-jalan raya di kedua-dua negeri tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tertarik dengan cetusan idea seorang menteri untuk membina kereta terbang. Saya fikir, jika kerajaan tidak mampu menyalurkan kewangan untuk membaik pulih dan membina jalan raya untuk Sabah dan Sarawak.

“Kalau tidak boleh membina jalan raya untuk Sabah dan Sarawak, saya rasa rakan-rakan sejawat juga bersetuju bahawa projek kereta terbang haruslah dimajukan untuk Sabah dan Sarawak dan boleh dibuat dengan menggunakan buluh agar ia ringan dan boleh terbang,” katanya sewatu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini